Saturday 15 September 2012

Coklat Hantaran Coklat Kotak Love warna Biru, Pink & Putih


Selamat Pengantin Baru Hafiz & Farah. Kombinasi 3 warna iaitu biru,
pink dan putih yang sangat menyerlah!!!! Saya suka sangat.
Semoga bahagia hingga ke syurga. Tahniah dari saya & keluarga.

Coklat Hantaran Coklat Kotak Love


Selamat Pengantin Baru Acey & Ein. Semoga berbahagia hingga ke syurga.
Tahniah dari saya dan keluarga.


Coklat Hantaran Jambangan Bunga Ros

Coklat Jambangan Bunga Ros Merah Putih ini ditempah dari seorang
sahabat adik yang sama2 bekerja dengan beliau di HKL untuk majlis
perkahwinannya. Terima kasih kerana sudi menempah dari saya ye.
Dan Tahniah dari saya & keluarga.

Coklat Hantaran Coklat Kotak Love Merah Putih

Coklat Kotak Love yang ditempah pada pada majlis perkahwinan
bulan June yang lepas....saya terlupa nak update kat blog saya ni.
TQVM to my customer dari HKL.

Coklat Wording Hantaran Pertunangan Tema Merah Putih


Coklat Wording ini ditempah dari Kak Zabedah untuk majlis pertunangan
Azma & Hafiz. Beliau meminta tema merah gold tapi gold takde so saya
buatkan coklat merah putih. Alhamdulillah.....nasib baik ler saya masih ada
kotak color gold dan Riben merah gold. Tahniah dari saya & suami.
And, TQVM for your order Kak Zabedah.

Cheese Cake @ Kek Krim Keju

Alhamdulillah....akhirnya saya berkesempatan meng'update' juga blog
hari ini. Bz sangat .... 2 biji kek ini saya delivered ke HKL pada
malam khamis lepas.

Cheese cake yang ber'topping' blueberry berserta tulisan tu saya
hadiahkan sempena birthday adik saya yang disambut hari Jumaat @
14 Sept lepas. Yang sebiji lagi ber'topping' strawberry ditempah dari
beliau....takut tak cukup sebiji. Tapi memang tak cukup pun...ramai
benor jemputan beliau. Alhamdulillah......komen yang positif.
Kata mereka cheese kek ni sedap sangat.....

Sunday 9 September 2012

Cheese Cake favourite keluarga saya

Cheese kek ini memang favourite kami sekeluaga. Dah hampir setahun
saya nak buat kek ini tapi asyik dok tertangguh je. Sampai lah hari selasa
mggu lepas bila anak lelaki saya asyik dok tanya. Akhirnya hari Rabu
saya pergi beli bahan2nya bersama anak perempuan saya kat Giant tu.
Dan, Alhamdulillah....inilah hasilnya. 2 hari je dah habis kek yang yang
seberat 800gm ini. Syoknya....kami tak perlu lagi ke Secret Recipe!!!!

Yang bestnya.....adik perempuan saya yang akan menyambut harilahirnya
pada hari Jumaat ini telah menempah 2 biji utk jamuan harilahirnya.......
Saya hadiahkan sebiji dan sebiji lagi dia bayar so dia lah my first
customer...hihihi.

Thursday 6 September 2012

Coklat Door Gift Pink Purple


200 paket coklat ini ditempah oleh adik Nurul untuk dibuat door gift
sempena perkahwinannya. Warna pink dan ungu ini adalah perisa
strawberry & blueberry. Saya berterima kasih kepada adik Nurul
yang sudi menempah dari saya. Semoga adik Nurul berpuashati
dengan hasil coklat ini.


Sunday 2 September 2012

Kek Batik Bakar Sarawak


Alhamdulillah....tercapai juga hasrat saya utk menyediakan kek batik sarawak
 ini pada raya tahun ni utk keluarga tercinta. Kebiasaannya kek sarawak
dikukus tapi saya menyediakan yang sebaliknya.
Kepada sesiapa yang berminat boleh juga menempah.

Coklat Hantaran Pertunangan utk Adik tersayang

Coklat & Tart Coklat Sebagai Gift Raya Open House


10 kotak coklat dan 5 kotak Tart coklat ini ditempah dari ibu saudara
 utk dihadiahkan kepada kawan2 beliau sempena beliau menghadiri
Raya Open House.


Coklat Hantaran Jambangan Bunga Ros utk Majlis Pertunangan


Tempahan ini dari customer Hani seminggu sebelum kita menyambut
Hari Raya Aidil Fitri untuk dihadiahkan kepada anak buahnya.
Walaupun teramat busy menyiapkan tempahan cookies raya yang
beratus2 balang tp saya penuhi juga permintaan Hani.
TQVM Hani for your support.


Coklat Hantaran utk Majlis Perkahwinan


Coklat Jambangan ini telah ditempah dari kawan lama untuk
diberi kepada anak buahnya pada cuti sekolah bulan 6 lepas.
Kerana kesibukan yang teramat sangat hari ini baru saya dapat
update blog ini.