Saturday 31 December 2011

Lagi Tempahan Coklat Wording


Antara coklat yang menjadi permintaan murid2 sekolah kerana ianya
simple dan harganya yang berpatutan.


Thursday 29 December 2011

Tempahan Tart Nenas oleh HKL staff

Atas permintaan kawan2 adik di HKL, saya siapkan tart2 ni selepas balik
bercuti dari kampung. Thanks to them yg selalu memberi business ini.

Sunday 18 December 2011

Coklat Hantaran Untuk Majlis Perkahwinan bertemakan Putih Purple

Coklat kotak love ini ditempah oleh adik ipar saya untuk dihadiahkan kepada
anak buah beliau yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada
hujung minggu ini. Selamat Pengantin Baru dari kami sekeluarga !!!!!

Saturday 17 December 2011

Coklat Bunga Ros sebagai Door Gift

 

Ini ialah produk terbaru iaitu sekuntum bunga ros yang berperisa
strawberry, sesuai untuk menggantikan bunga telur. Anda boleh
memilih sebarang perisa atau warna kesukaan anda mengikut
tema majlis anda. Sangat sesuai sebagai door gift atau cenderahati
untuk majlis anda. 
Harga: RM1.80 sekuntum


Sepasang Bunga Ros - RM3.50
 

Thursday 15 December 2011

Tempahan Coklat Homemade dari staff HKL

 Lagi tempahan ini dari Kak Tikah dari HKL. Kak Tikah memang suka
coklat pelbagai perisa & bentuk. Saya amat2 berterima kasih kepada
Kak Tikah yang tak henti2 menyokong saya.

Juga dari staff HKL tapi adik ni nak plain perisa je - white & milk dengan
pelbagai bentuk.


Tuesday 13 December 2011

Tempahan Coklat Pertunangan dari adik Ida dan pasangannya Khalid

Tempahan ini dari Adik Ida dari Hospital Besar KL untuk majlis
pertunangannya. Terima kasih kerana sudi menempah coklat
wording ini.Tahniah Ida!!!!

Saturday 10 December 2011

Lagi Tempahan Coklat Door Gift Bunga 5 Kelopak untuk Majlis Pertunangan


 
100 paket door gift ini adalah tempahan dari adik Nurul Akma
dari Keramat yang akan melangsungkan majlis pertunangannya
esok @ Ahad 11/12/2011. Congratulations dear !!!
Thks for the order & thks so much kerana sukakan coklat2 ini.


Thursday 8 December 2011

Tempahan Coklat Wording untuk emak tersayang



Tempahan coklat wording ini dari hubby's colleague untuk diberi kepada
emak tersayang yang akan menyambut hari lahir pada hujung minggu ini.
Saya cuba fikirkan design lain selain design2 yang telah saya buat so this is
the result selepas habis berfikir. Semoga hubby's colleague berpuas hati.


Sunday 4 December 2011

Coklat Premium & Coklat Wording



15 biji coklat premium dalam kotak oval ini ditempah dari hubby's colleague

Tempahan ini dari kawan anak lelaki saya..... mungkin untuk buah hati nya.