Saturday 31 December 2011

Lagi Tempahan Coklat Wording


Antara coklat yang menjadi permintaan murid2 sekolah kerana ianya
simple dan harganya yang berpatutan.


Thursday 29 December 2011

Tempahan Tart Nenas oleh HKL staff

Atas permintaan kawan2 adik di HKL, saya siapkan tart2 ni selepas balik
bercuti dari kampung. Thanks to them yg selalu memberi business ini.

Sunday 18 December 2011

Coklat Hantaran Untuk Majlis Perkahwinan bertemakan Putih Purple

Coklat kotak love ini ditempah oleh adik ipar saya untuk dihadiahkan kepada
anak buah beliau yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada
hujung minggu ini. Selamat Pengantin Baru dari kami sekeluarga !!!!!

Saturday 17 December 2011

Coklat Bunga Ros sebagai Door Gift

 

Ini ialah produk terbaru iaitu sekuntum bunga ros yang berperisa
strawberry, sesuai untuk menggantikan bunga telur. Anda boleh
memilih sebarang perisa atau warna kesukaan anda mengikut
tema majlis anda. Sangat sesuai sebagai door gift atau cenderahati
untuk majlis anda. 
Harga: RM1.80 sekuntum


Sepasang Bunga Ros - RM3.50
 

Thursday 15 December 2011

Tempahan Coklat Homemade dari staff HKL

 Lagi tempahan ini dari Kak Tikah dari HKL. Kak Tikah memang suka
coklat pelbagai perisa & bentuk. Saya amat2 berterima kasih kepada
Kak Tikah yang tak henti2 menyokong saya.

Juga dari staff HKL tapi adik ni nak plain perisa je - white & milk dengan
pelbagai bentuk.


Tuesday 13 December 2011

Tempahan Coklat Pertunangan dari adik Ida dan pasangannya Khalid

Tempahan ini dari Adik Ida dari Hospital Besar KL untuk majlis
pertunangannya. Terima kasih kerana sudi menempah coklat
wording ini.Tahniah Ida!!!!

Saturday 10 December 2011

Lagi Tempahan Coklat Door Gift Bunga 5 Kelopak untuk Majlis Pertunangan


 
100 paket door gift ini adalah tempahan dari adik Nurul Akma
dari Keramat yang akan melangsungkan majlis pertunangannya
esok @ Ahad 11/12/2011. Congratulations dear !!!
Thks for the order & thks so much kerana sukakan coklat2 ini.


Thursday 8 December 2011

Tempahan Coklat Wording untuk emak tersayang



Tempahan coklat wording ini dari hubby's colleague untuk diberi kepada
emak tersayang yang akan menyambut hari lahir pada hujung minggu ini.
Saya cuba fikirkan design lain selain design2 yang telah saya buat so this is
the result selepas habis berfikir. Semoga hubby's colleague berpuas hati.


Sunday 4 December 2011

Coklat Premium & Coklat Wording



15 biji coklat premium dalam kotak oval ini ditempah dari hubby's colleague

Tempahan ini dari kawan anak lelaki saya..... mungkin untuk buah hati nya.


Wednesday 30 November 2011

Coklat Premium dengan 3 Perisa


100 biji coklat premium ini ditempah oleh hubby's colleague dengan
3 perisa  iaitu strawberry, white and milk dan saya muatkan dalam
3 bekas berbentuk bulat dan 1 bekas oval. 
Thanks Ayu for your order !!!!


Monday 28 November 2011

Door Gift Bunga 5 kelopak bertemakan Putih Pink oleh Adik Shiqah dari HKL


Adik Shiqah menempah 300 paket coklat bunga 5 kelopak untuk
majlis perkahwinannya pada hujung minggu ini dan beliau memilih
tema putih pink. Kombinasi warna putih pink ni nampak sweet
sangat. TQ Shiqah di atas sokongan Shiqah.

Pineapple Tart untuk staff HKL.

 Biasalah kan...waktu2 mcm ni orang tak makan tart banyak mcm di musim2
perayaan. So, sebagai memenuhi permintaan customer saya buatkan dalam
balang kecil yang mengandungi 35 biji tart je.

Sunday 27 November 2011

Lagi tempahan dari kawan lama - coklat Bunga 5 kelopak dgn berwording

Amy minta dibuatkan coklat dengan diletakan nama INTAN.
So, I've came out with an idea something like this. Harap sangat
Amy berpuas hati dan thanks so much Amy kerana tak putus2
 menyokong Nurul.

Saturday 26 November 2011

Resepi Kek Batik


Salam semua,

Actually, my hubby teringin sangat nak makan kek batik. Nasib baik ada kawan yang sudi berkongsi resepi ini. Jadi, saya juga ingin berkongsi resepi Kek Batik ini dengan pengunjung2 blog saya .Di bawah ini ialah sukatan bahan2 dan cara2 membuat kek ni. Nak tahu sedap ke tidak, anda kena lah mencuba resepi ini. Yang pasti, kek ini paling senang dibuat. Selamat mencuba.......... 

Bahan2
  • Sebungkus biskut marie (300gm)
  • 125gm butter
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan milo
  • 3/4 cawan air
  • 3/4 cawan gula

Cara2 membuat:

  • Biskut marie dipatah2kan kepada bahagian2 kecil.
  • Di dalam bekas kuali atau periuk, campurkan milo, koko, gula dan air. Dengan api yang sederhana, kacaukan kesemua bahan2 tadi sehingga larut.
  • Kemudian masukan butter dan kacau sehingga butter tersebut cair. Kecilkan api, masukan telur, kacau sampai PEKAT dan padamkan api.
  • Masukan biskut yang telah dipatah2kan tadi dan kacau sehingga sebati dengan bahan2 tadi.
  • Masukan ke dalam bekas yang anda suka , tekan sehingga padat dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Sunday 20 November 2011

Lagi tempahan dari Kak Tikah

Tempahan kali ni Kak Tikah minta dibahagikan kepada 2 bekas.
Katanya nak diberi kepada saudara.Terima kasih byk2 Kak Tikah
 kerana tak putus2 memesan coklat dari saya.

Saturday 19 November 2011

Souvenir untuk adik tersayang


Souvenir untuk adik tersayang sebagai tanda terima kasih kerana banyak
membantu saya dalam memasarkan business coklat ini. Saya buatkan
perisa strawberry kerana perisa ini kegemarannya tapi saya campurkan
sedikit dengan perisa white.


Thursday 17 November 2011

Coklat Hantaran Bunga Ros bertemakan Pink Putih dan Door Gift Pelbagai Bentuk & Perisa tempahan dari Kak Tikah

Kak Tikah meminta bentuk bunga ros yang bertemakan pink & putih
untuk hantaran majlis perkahwinan adiknya. Susunan coklat2 ini diminta
dari kak Tikah sendiri ....simple tapi menarik. Kombinasi pink & putih
nampak berserikan !!!

Kak Tikah juga menempah 100 paket Door Gift pelbagai bentuk & perisa
untuk Majlis Perkahwinan adiknya. Saya berharap Kak Tikah berpuashati
dan terima kasih banyak2 di atas kepercayaan dan sokongan kak Tikah.


Door Gift Bunga 5 Kelopak bertemakan purple & pink

Tempahan ini dari adik miza untuk majlis perkahwinannya pada minggu
hadapan. Adik miza memilih bunga 5 kelopak yang bertemakan purple
& pink. Diharap adik miza berpuas hati dan terima kasih byk2
 kerana menyokong saya.

Saturday 12 November 2011

Percubaan membuat Muffin

Alhamdullilah....Akhirnya berjaya juga membuat muffin setelah masuk
kali yang ke-4.Saya telah mencuba resepi dari Majalah Wanita tapi tak
menjadi so resepi yang ini adalah dari adik ipar yang mengambil kursus
bakery. Ada 4 perisa iaitu coklat, pandan, blueberry dan strawberry.
Terima kasih kepada adik ipar yang sudi berkongsi resepi ini.

Wednesday 9 November 2011

Tempahan Love Chocolate Box & Coklat Wording

Love Choc Box dengan 22 biji coklat pelbagai perisa dan bentuk.

Tempahan dipesan dari hubby's colleague untuk majlis perkahwinan
abangnya. Thanks for your support Liza!!!  Harap2 Liza suka.
 
Juga tempahan dari Liza untuk majlis perkahwinan yang sama.
Again, thanks so much dan harap2 Liza berpuas hati.

Tempahan coklat premium dari adik tersayang

Saturday 5 November 2011

Lagi tempahan dari kawan lama

Tempahan ke2 dari kawan lama. Amy minta perisa dan
bentuk yang sama mcm yang pertama dulu.

Thursday 3 November 2011

Tempahan Coklat Wording

Tempahan dari rakan sekerja hubby untuk anak kesayangan bernama ADAN.
Happy Birthday Adan!!!!
 TQ very much Ayu for your support.

Tuesday 1 November 2011

Tempahan Coklat Premium sebagai Door Gift


                      
 Sebagai Door Gift - 60 paket Coklat Premium ini ditempah dari seorang
doktor di HKL untuk majlis perkahwinannya yang akan berlangsung di
Trengganu pada Hari Raya Haji minggu depan. Thanks for her support.

Souvenir dari seorang pekerja kepada majikan yang akan mengadakan
Deepavali Open House hari Jumaat ni.

Last minute tempahan Raya Haji


Chocolate Wording untuk anak buah


Permintaan dari adik tersayang yang banyak membantu dalam memasarkan
business coklat dan tart nenas saya. Coklat ini untuk dihadiahkan kepada anak
buah yang menyambut ulang tahun yang ke-6.


Coklat dalam kotak bertutup
  

Sunday 30 October 2011

Biskut Coklat

Penerangan:

Ini Tart Coklat. Resepi terbaru saya dengan inti coklat + almond yang berperisa strawberry,
orange, milk atau white.
Sedia menerima tempahan mengikut perisa kesukaan anda.
Harga:  40 biji RM23




Contoh dalam kotak oval.


Perisa milk, strawberry, orange & milk.

Perisa white

Perisa orange

Perisa milk


Perisa strawberry