Saturday, 29 December 2012

Kek Mango Yogurt Delight


Homemade Mango Yogurt Delight untuk makan sekeluarga dan adik2.
Semua memuji keenakan kek ini. Tak sampai 24jam kek ini dah habis
dimakan....hemmmm...memang sedap, ditambah dengan rasa buah
mangga & yogurt.

Coklat Bunga Ros


 30 kuntum coklat bunga ros tempahan dari staff HKL.


Black Forest lagi

Tempahan ini dari kawan anak bujang saya.
Kek ini untuk kakak beliau yang memasuki umur 21 tahun pada hari
Sabtu minggu lepas. Mereka sekeluarga sangat berpuashati dengan kek
ini. Saya lagi ler sangat happy kalau customer saya berpuashati dengan
kek ini. Happy Birthday Cik Tyra!!!!!!
Semoga dirahmati Allah dan dimurahi rezeki.

Black Forest

2kg Black Forest ini ditempah oleh kawan hubby sempena menyambut
harilahir beliau yang ke40 pada jumaat semalam. Happy Birthday Ayu!!!
Semoga berpuashati dengan kek ini.

Red Velvet

2kg Red Velvet ini saya buat untuk makan2 dengan keluarga & adik2.

Coklat Bunga Ros


50 kuntum coklat bunga ros dengan 5 warna - putih, kuning, pink,
merah & purple ini ditempah oleh staff HKL.


Coklat untuk Souvenir

50 biji coklat pelbagai bentuk & perisa yang ditempah untuk
dihadiahkan kepada sahabat yang menyambut krismas.

Cookies and Cream Cupcakes

Ini pulak cupcake yang dibakar oleh anak bujang saya yang sedang
berehat panjang sementara menunggu result SPM. First time baking
terus menjadi....sedap juga perisa cup cake ini. Ditambah pulak dgn
cream cheese frosting so lagi ler sedap. 

Durian Crepe

Durian crepe ini saya buat atas permintaan adik perempuan saya, Aridah
yang teringin sangat nak  makan. Dia belikan bahan2 nya dan saya yang
memasak sambil dibantu oleh anak2. Ini kali Ke2 saya masak mengunakan
3 jenis tepung iaitu tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung.
Rasanye lebih sedap tetapi crepenya mudah pecah. Mungkin sebab
terlebih tepung kastad. So, In Shaa Allah, if next time buat saya hanya
akan menggunakan tepung gandum.

Monday, 10 December 2012

Coklat Bunga Ros Merah sebagai Door Gift


80 kuntum coklat bunga ros sebagai Door Gift. Juga ditempah oleh
staff HKL. Saya sangat berbesar hati diatas sokongan mereka yang
tak pernah2 putus menempah dari saya.
Terima kasih banyak2 ye.


Kek Fruits Flan



Kek Fruits Flan. Sungguh sedap!!!!!!
Kek span vanilla yang dilapisi cream dan buah2an koktail. Dan disaluti
dengan cream dan dihiasi dengan buah-buahan fresh....yumm...yumm.
Saya buatkan 2 biji yang bersaiz 7'. Sebiji untuk makan2 sekeluarga dan
sebiji lagi utuk kawan2 hubby.


Coklat Hand Bouquet


6 kuntum coklat bunga ros yang digubah menjadi Hand Bouquet
sebagai cenderahati kepada bos yang dihormati & disayangi. Coklat
 ini juga ditempah dari staff HKL sempena quarterly meeting .


Lagi Kek Padang Bola




Ini kek Coklat Indulgence yang bertemakan padang bola. Juga ditempah
oleh seorang Doktor di HKL untuk birthday anak lelaki beliau yang
berumur 8 tahun pada hari ahad yang lepas.

Kek Padang Bola lagi

Ini termpahan dari Kak Nurul HKL untuk birthday anak lelakinya yang
berumur 5 tahun. Kak Nurul hanya mahu kek padang bola tapi beliau
tak nak set mainan padang bola. Dalam nye kek RED VELVET yang
dilapisi cream cheese frosting dan disaluti dari fresh cream.

Thursday, 6 December 2012

Tempahan Kek Tiramisu utk Emak Tersayang


Tempahan dari kawan hubby untuk emak tersayang yang akan
menyambut hari lahir yang ke 50. Semoga dirahmati dan diberkati Allah
dan kesihatan yang baik hingga ke akhir hayat....In Shaa Allah.TQ Fida
kerana sudi menempah dari Kak Nurul.

Tempahan 2 biji Kek Pecan Butterscotch


Lagi tempahan dari staff HKL - Kek Pecan Butterscotch.

Lagi tempahan Coklat Hantaran Perkahwinan



Coklat hantaran tema putih & gold  tempahan dari kawan hubby.
Hantaran ditempah untuk dihadiahkan kepada anak buah yang akan
melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini. TQ Sarah kerana
sudi menempah dari kak Nurul. Harap2 sarah berpuas hati.


Tempahan Black Forest


Black Forest tempahan dari ibu saudara yang menyambut ulangtahun
perkahwinan beliau yang ke 27 pada 6hb Dec.Tahniah Maksu!!!


Kek Padang Bola



Tempahan Kek Tiramisu hiasan padang bola ini ditempah dari Ina
Kota Damansara buat 2 birthday boys Afiq & Anas yang masing2
berumur 8 & 9 tahun. Happy Birthday Boys!!!
Semoga menjadi anak yang soleh....Aamiin.


Coklat Hantaran Bertunang tema Pink Putih



Tempahan pertama rekaan terbaru dari staf HKL.
20 biji coklat bentuk love dan 6 kuntum coklat bunga ros bertemakan
pink & putih. Terima kasih kerana sudi menempah dari saya.
Selamat Bertunang dari saya sekeluarga.


Coklat Wording + Bunga Ros Sebagai Hantaran Pertunangan & Pertunangan


Rekaan Terbaru
 Coklat Wording bersama 6 kuntum Bunga Ros dalam 3 warna iaitu
merah, putih & gold. Sangat sesuai sebagai hantaran pertunangan atau
perkahwinan. Juga sesuai sebagai hadiah harijadi & cenderahati.


Thursday, 29 November 2012

Coklat Hantaran Bunga Ros Putih Pink


Sejambak coklat bunga ros putih pink ini ditempah dari seorang staff HKL.
So sweet....combination of white & pink color.

Coklat Bunga Ros Merah Putih


Tempahan dari jiran kawan lama. Hanya 10 kuntum ditempah. Saya tak
pasti untuk apa. Walaupun bagaimanapun, terima kasih kerana sudi
menempah dari saya

Red Velvet



Special bake only for my daughter Nur Amira Aris.


Kek Indulgence



Hanya untuk santapan keluarga dan adik2.


Tiramisu & Red Velvet

Saya buatkan Tiramisu & Red Velvet utk kawan2 hubby pada hari Isnin
yang lepas. Juga merangkap sebagai kek birthday hubby pada 16hb Nov.
Sepatutnya kek-kek ini dibuat pada harilahir hubby tetapi disebabkan
beberapa orang kawan hubby bercuti dan ada urusan kerja di luar jadi
'kejadian' kek ini tertangguh....hehehehe. Apa2pun, saya harap kawan2
 hubby berpuashati dengan keenakan kek2 ini.

Wednesday, 21 November 2012

Coklat Hantaran Bunga Ros Putih Purple



Alhamdulillah.... akhirnya saya berjaya menyiapkan coklat bunga ros
yang telah ditempah sekali dengan 100 kuntum coklat ros berkembar.
Kombinasi warna putih purple yang sangat menarik. Sekali lagi, terima
kasih kerana sudi menempah dari saya.


Coklat Bunga Ros Putih Purple


Sekuntum Coklat Bunga Ros berkembar

100 kuntum coklat bunga ros berkembar putih purple ini telah ditempah
dari staf HKL untuk dihadiahkan kepada ibu saudara beliau yang akan
mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Terima kasih kerana sudi
menempah dari saya.


Kek Pecan Butterscotch

Rasanya memang unik - lain dari yang lain. Kek yang dilapisi dengan
pecan karamel, sos butterscotch dan cream butterscotch. Kepada
sesiapa yang kurang mengambil gula kek ini mungkin terlalu manis
tetapi kemanisannya boleh dikurangkan. Kalau ingin mencuba sila call
 atau sms saya. Sedia menerima tempahan.

25 biji coklat souvenir


Souvenir utk sahabat


Birthday Cake for my beloved hubby


Saya decided membuat kek Tiramisu kerana ini lah kek favourite kami
sekeluarga. Selamat Hari Lahir buat hubby tercinta yang disambut pada
16hb Nov mggu lepas.Semoga diberkati dan dirahmati Allah....Aamiin.


Saturday, 10 November 2012

Coklat Wording yang simple utk majlis Pertunangan


Selamat Bertunang Erie. Tahniah!!!!!


Lagi Tempahan Coklat Wording


Gabungan pelbagai warna menyerikan coklat2 ini.


Coklat Wording untuk Pelbagai Ucapan




Coklat Wording Tema Pink Purple


Pink Purple menjadi tema perkahwinan Zaz & Man.
Selamat Pengantin Baru dari saya & keluarga.


Tart Nenas untuk Deepavali


Tempahan tart nenas untuk sambutan Deepavali pada hari Selasa depan.
Selamat Hari Diwali  dari saya sekeluarga.