Salam semua,
Actually, my hubby teringin sangat nak makan kek batik. Nasib baik ada kawan yang sudi berkongsi resepi ini. Jadi, saya juga ingin berkongsi resepi Kek Batik ini dengan pengunjung2 blog saya .Di bawah ini ialah sukatan bahan2 dan cara2 membuat kek ni. Nak tahu sedap ke tidak, anda kena lah mencuba resepi ini. Yang pasti, kek ini paling senang dibuat. Selamat mencuba..........
Bahan2
- Sebungkus biskut marie (300gm)
- 125gm butter
- 2 biji telur
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1 cawan milo
- 3/4 cawan air
- 3/4 cawan gula
Cara2 membuat:
- Biskut marie dipatah2kan kepada bahagian2 kecil.
- Di dalam bekas kuali atau periuk, campurkan milo, koko, gula dan air. Dengan api yang sederhana, kacaukan kesemua bahan2 tadi sehingga larut.
- Kemudian masukan butter dan kacau sehingga butter tersebut cair. Kecilkan api, masukan telur, kacau sampai PEKAT dan padamkan api.
- Masukan biskut yang telah dipatah2kan tadi dan kacau sehingga sebati dengan bahan2 tadi.
- Masukan ke dalam bekas yang anda suka , tekan sehingga padat dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment